!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Asssalamualaikum

My name is Auni. Just a simple girl with a normal life ;).

Wednesday, October 16, 2013

Judgemental

Assalamualaikum ;) 

Yo looooo guys :D Hehe, berikan kesempatan ini untuk saye cot cet cot ceh eh ;).

So, Auni ada tengok movie, and dia ade buat silap sikit. Tetapi disebabkn kesilapan die tu, habis orang duk sok sek sok sek psl dia. Pity girl,right? Hampir tiap-tiap hari dia dicemuh,diejek. Semua orang memang tak habis-2 duk sok sek sok sek. 

Masa dia diejek tu, Auni fikir la kan, Kenapa orang hanya tahu bising tapi tak mahu menghulurkan pertolongan buat dia? Adakah dengan hanya tahu bising, dia akan menyedari kesilapan ataupun semakin terjerumus? Adakah dengan sikap judgemental ini, akan membantu dia menjadi orang yang lebih baik atau dibebankan oleh stress? 

Judgemental. I hate that so much.

Hampir setiap orang mempunyai sikap judgemental. Well, tak ada kegunaan pun sebenarnya. Hanya membuat orang terjerumus je. Salah satu bab orang yang paling judge ialah

" Pakai tudung labuh, tapi perangai!"

" Dia tu freehair, mesti tak sembahyang"

For me, menutup aurat itu suruhan wajib Allah S.W.T, dan ia tak ada kena mengena dengan how you behave. Misconception huh? Jika seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, tidak bermakna dia tidak membuat dosa. Dan jika seseorang itu tidak menutup aurat, tidak bermakna dia jahat atau sentiasa membuat dosa.Pernah dengar kisah seorang pelacur memberi makan kepada seekor anjing? Dia masuk syurga kan walaupun pelacur? Itulah satu lagi manusia salah paham.

Kita masuk syurga bukan sahaja dengan amalan, tetapi dengan reda Allah S.W.T

Kalau Allah S.W.T tak reda, ingat kita boleh masuk syurga? Sebab tu lah segala yang kita buat mestilah ikhlas. Contohnya, Bilal bin Rabah (the first black man convert to Islam), walaupun azan dia tak merdu tetapi boleh didengar oleh malaikat-malaikat, sebab apa? sebab dia ikhlas semasa menyampaikan azan. 

Sebelum judge orang, tanya diri, adakah awak begitu perfect sampai tidak membuat dosa? 

Sebelum marah dan menjauhi orang yang membuat kesilapan, adakah awak juga tidak membuat kesilapan? Perfect sangat? 

Sebelum menuding jari ke atas kesalahan mereka, tengok dulu tangan awak, cuci sangat ke?

" Menghakimi seseorang tidak menentukan siapa mereka sebenar, adakah mereka baik atau jahat, ia menentukan siapa awak sebenar, baik atau jahat"

So, lepas ni, tolonglah jangan judge orang, ia bukan menambah baik tetapi burukkan.

 -You just know my name, not my story and what I've been through-

Mungkin orang yang awak sentiasa judge tu, pada masa depan, dia akan berubah menjadi yang lebih baik. Dan mungkin masa silam mereka akan jadi masa depan awak?

No one knows.




Sunday, September 29, 2013

Get Scare by Cousins

Assalamualaikum :)

Yo loooooo ! Hai ;) Ni nak cite la ni tahun lepas aku ade kenduri ke ape entah kan kt kampung. Nak dijadikan cerita aku ade sepupu lelaki 3 & sepupu perempuan baby-baby 2. Yang sepupu lelaki ni pulak kalau bahagian mengacau The Top brader ! Siap boleh masuk Scare Tactics lagi. 

Memori tahun lepas ...

Aku dengan cousins aku tu tengah duk melayan Spongebob. Cartoon favorite la katakn :p Tak sangka pulak ade jugak span yang hyper cam spongebob -_-? Mesti sedap digosok dengan sabun. Squid pulak moody, Patrick over hyper. 

Yang aku ni duk tok tek tok tek pasal Spongebob ni apsal erk? Demam ka? Ok2, back to the topic, malam tu kitorang tengok filem seram thailand. Ape entah name die? Puk Ngatt ? Hentoh la macam pungat je dengar -_-? Filem tu? Seram gile weiii. Gawat situasi sebentar lebih-lebih lagi budak kecik join. Mula-mula memang beria-ria nak tengok tapi bile hantu jenguk kepale sikit je panggil umi. Akhir filem tu hantu menang and then the end. Aku yang muke innocent ni duk tengok credits filem , tak perasan cousins aku tersenyum nakal. 

" Camni la bile monyet senyum ye gadis-gadis "

" A'ah. Menawan "

Dalam hati aku. Buweekkk! Menawan pale udang kau. Sengih macam muke mintak penampor. Aku yang tak kuasa nak layan ni tak perasan cousins aku tutup lampu. 

Aku yang innocent (banyak la ko innocent) kalut tahap suami mati panggil cousins aku. Tak de jawapan. Panggil lagi. Memang xde jawapan. Mase ni aku teringat balik scene2 filem hantu tu. Mase ni aku bayangkan hantu duk kat atas la, duk kat bawah la, yang buat panas hati aku mane la tige ekor sepupu aku ni. Kalau dibuat dibaham hantu, aku nak pecut dulu. (jahat punye sepupu). 

"Woooo Wuuuuu Wooooo"

Ha sudoh! dio wak bunyi pulok doh.

" Wooooo Wuuuuuuuuuu "

Bo la kacau aku. Allah!

" Wuuuuuu Wuuuuu"

Hantu ni memang tahu sebut wuuu wooo je ke? Lain kali kalu nak jadi hantu , pergi sekolah dulu. Biar pass BM. Aku yang kalut mencarut. (LOL. Orang kalut bace yasin kau kalut mencarut :p)

Tibe-tibe kain putih tersembul depan aku. Mak cik pakcik aku habis sebut. Siap tak muat list. 
Mase aku lari tu tak jejak tanah langsung der. Boleh buat book of records ok. 

Then aku dengar suara orang ketawa. Macam familiar je dengan suara ... Sepupu aku duk ketawa guling2 kat atas lantai. Bongok punye sepupu. Kalau aku mati aku tak benar korang jejak kaki kt rumah aku (Fuuyoohh! Ayat mak malin kundang tu!) 

" Haha. Lucu sangat ngokk "

Yang sakit hati lagi boleh diorang ketawe cam beruk. Aku jampi kau jadi lipas kang. Mase aku bengang2 tu terpandang pulak sepupu aku yg kecik tu berdiri kat dapur. Gile meremang bulu roma aku. Sepupu aku yg 3 tu pun pucat dah muke. Perlahan aku panggil name sepupu aku yg kecik tu. Tak jawab bro. Nak kate pendengaran tak jelas, habis 5 minit aku melaung panggil name die. Haa, drama po pulok ni. 

Warrghhh !

Oh mak cut!. Kali ni sepupu kecik aku tu boleh buat suprise kt aku. Mujur budak lagi, kalu tak penampor jadi dinner. Yang 3 ekor tu sambung ketawe. Menyampah weeiiyyy. Sumpah wehh aku tak nak dah tengok filem horror ngn diorang. Kang nanti majlis kenduri arwah untuk aku.

Moral of the STORY: Kalau nak berlakon hantu jangan jadi macam beruk tige ekor tu erk.



   


Monday, August 12, 2013

Mat Luthfi Oh Mat Luthfi

Assalamualaikum semua :D Hehe . Harap-ii semua sihat erk ;) Nak tengok gambar Mat Luthfi tak ;) Nak ? OK :D 

Nah :) 











Hehe . Hensem jugak kn :D 

Kalau nak tahu , Mat Luthfi ni seorang Vlogger yg Famous di Youtube . Video-ii die pulak memang disukai disayangi dan dicintai oleh semua (terutamanya aku :p) . Tapi ade la yg tak suke dengn video dia . Fans Anwar Hadi kot :p Mamat ni buat video memang terbaik . Auni always tengok video dia . And always wait for his videos :D (Almaklum peminat) . Mat Luthfi ni buat video ape erk ? Video kacau dodol ? OhNoWay Beb . Mamat ni dia buat video pendek-ii yang lucu tetapi sangat mendalam maksudnya. Pernah dia buat short film. Oh Mak Oiii , punye lah terbaik ! . Video tu tajuk die "Sebelah Sayap". Nak tengok ? Nah layan 



Story ni memang best & boleh menjadi pengajaran untuk masyarakat. Oh and nak bagi tahu , Mat luthfi ni pelajar kat universiti kat Sydney , Australia. Fuyooo kan :D Die ambik jurusan Architecture. Tapi harap-ii dia jadi pengarah filem . Tengoklah video dia. Lagi antap dari pengarah filem yg lain. Lebih banyak pengajaran. Bukannya seperti filem melayu lain . Cube tengok filem Sembunyi Amukan Azazil tu , Mak Oiii ! Berunsur tak senonoh. Filem Mencari Cinta tu pulak. Pengarah-ii di Malaysia ni memang xtahu ke yang Malaysia ni negara Islam ? Hormat la sikit. Kalau nak cari filem Malaysia dakwah-ii sikit memang sikit je kot. Mat Luthfi ade cakap , dia pun nak jadi pengarah filem. Aku happy sangat kot. Dia dah graduate tapi xtau la dia sambung lagi study. Kepada pengarah-ii Malaysia tak nampak ke kebolehan Mat Luthfi ni ? Kebolehan dan Kematangan dia melebihi dari semua. So , Auni berharap sangat-ii yg Mat Luthfi jadi pengarah filem :D Kalau dia terbitkn filem , Auni orang pertama tengok tau :D

Auni rasa sampai sini je kot. Kalau korang nak tengok lagi video dia korang tengo kt youtube k ;) Memang banyak video dia :D Akhir sekali , dipersediakan kata-ii Mat Luthfi



Ok then , Assalamualaikum :D