!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Asssalamualaikum

My name is Auni. Just a simple girl with a normal life ;).

Wednesday, October 16, 2013

Judgemental

Assalamualaikum ;) 

Yo looooo guys :D Hehe, berikan kesempatan ini untuk saye cot cet cot ceh eh ;).

So, Auni ada tengok movie, and dia ade buat silap sikit. Tetapi disebabkn kesilapan die tu, habis orang duk sok sek sok sek psl dia. Pity girl,right? Hampir tiap-tiap hari dia dicemuh,diejek. Semua orang memang tak habis-2 duk sok sek sok sek. 

Masa dia diejek tu, Auni fikir la kan, Kenapa orang hanya tahu bising tapi tak mahu menghulurkan pertolongan buat dia? Adakah dengan hanya tahu bising, dia akan menyedari kesilapan ataupun semakin terjerumus? Adakah dengan sikap judgemental ini, akan membantu dia menjadi orang yang lebih baik atau dibebankan oleh stress? 

Judgemental. I hate that so much.

Hampir setiap orang mempunyai sikap judgemental. Well, tak ada kegunaan pun sebenarnya. Hanya membuat orang terjerumus je. Salah satu bab orang yang paling judge ialah

" Pakai tudung labuh, tapi perangai!"

" Dia tu freehair, mesti tak sembahyang"

For me, menutup aurat itu suruhan wajib Allah S.W.T, dan ia tak ada kena mengena dengan how you behave. Misconception huh? Jika seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, tidak bermakna dia tidak membuat dosa. Dan jika seseorang itu tidak menutup aurat, tidak bermakna dia jahat atau sentiasa membuat dosa.Pernah dengar kisah seorang pelacur memberi makan kepada seekor anjing? Dia masuk syurga kan walaupun pelacur? Itulah satu lagi manusia salah paham.

Kita masuk syurga bukan sahaja dengan amalan, tetapi dengan reda Allah S.W.T

Kalau Allah S.W.T tak reda, ingat kita boleh masuk syurga? Sebab tu lah segala yang kita buat mestilah ikhlas. Contohnya, Bilal bin Rabah (the first black man convert to Islam), walaupun azan dia tak merdu tetapi boleh didengar oleh malaikat-malaikat, sebab apa? sebab dia ikhlas semasa menyampaikan azan. 

Sebelum judge orang, tanya diri, adakah awak begitu perfect sampai tidak membuat dosa? 

Sebelum marah dan menjauhi orang yang membuat kesilapan, adakah awak juga tidak membuat kesilapan? Perfect sangat? 

Sebelum menuding jari ke atas kesalahan mereka, tengok dulu tangan awak, cuci sangat ke?

" Menghakimi seseorang tidak menentukan siapa mereka sebenar, adakah mereka baik atau jahat, ia menentukan siapa awak sebenar, baik atau jahat"

So, lepas ni, tolonglah jangan judge orang, ia bukan menambah baik tetapi burukkan.

 -You just know my name, not my story and what I've been through-

Mungkin orang yang awak sentiasa judge tu, pada masa depan, dia akan berubah menjadi yang lebih baik. Dan mungkin masa silam mereka akan jadi masa depan awak?

No one knows.